Saturday, September 12, 2009

Gempa bumi lemah melanda Kundasang

"KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.4 pada skala Richter berlaku di Kundasang, Sabah pada 6.23 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa terletak 11 km dari barat Ranau.
Bagaimanapun, jabatan itu menyatakan sehingga kini tiada laporan kerosakan."

gempa bumi ini terjadi pada 24 julai 2009. penduduk kampung kita kampung juga mengakui bahawa mereka merasai gegaran ini

menurut saksi kejadian

En Akim Lumboting- "rumah kami seakan-akan bergegar-gegar kerana sesuatu. tetapi kami tidak mengatahui itu adalah gempa bumi sehingga mendengar laporan berita.

Pn Lydia Kilat- " parkk!!! kedengaran bunyi dari bawah(dapur), kami ingat dapur telah runtuh. apabila kami mendengar laporan berita barulah kami tau gempa bumi berlaku.

Di mana sahaja kita berada kita tidak lari dari masalah dunia

Apa yang kita boleh belajar dari kejadian ini adalah masa semakin hampir. kedatangan kali kedua kristus semakin hampir.

tapi apa yang sangat penting adalah kita janganlah berfikir masa semakin dekat tetapi berusahalah menyediakan diri anda dan berdirilah teguh.

BERDIRILAH TEGAP BERIKAT PINGGANGKAN KEBENARAN DAN BERBAJUZIRAHKAN KEADILAN, KAKIMU BERKASUTKAN KERELAAN UNTUK MEMBERITAKAN INJIL DAMAI SEJAHTERA....EFESUS6:10-20

2 comments: